Saturday, April 2, 2016

Sunday, January 11, 2015

Us ♡

Ini short story untuk blog ni .

"Terima kasih sebab jadi kawan aku . Kau buat aku kenal what is true relationship . Sayangggg kau!"

******
Airis, Liza, Seri, Aziq, Haris merupakan sahabat baik sejak bangku sekolah menengah lagi . Mereka berlima lah yang sanggup mati sama mati demi kawan . Yalah, zaman sekarang bukan senang nak dapat kawan .

*^*
Aziq : Wey markah aku drop la.
Seri : Aku pun ! Buat penat aku belajar tapi soalan macam cikai . Tak sama macam dalam buku teks.
Liza : /ketawa . Korang ni, relax ah baru exam biasa . SPM nanti taktau macam mana .
Airis : Yup setuju dengan Liza . Kita masih ada masa lagi untuk tunjukkan improvement . Jangan risau la . Guys, memandangkan lepasni cuti pertengahan tahun kan, apa kata aku belanja korang makan petang ni?
Aziq : Seriously? Mimpi apa kau ni Airis . Selalunya air 50 sen pun liat nak belanja . Mesti ada sesuatu ni .
Airis : K fine taknak sudah .
Seri : NAK LA GILA TAKNAK . Aziq stop talking nonsense eh .
Liza : Yeah hahaha . By the way, asal aku tak nampak Haris ni? Nak tau jugak markah dia walaupun kelas lain-lain .
Seri : Betul juga, lagipun lately ni dia asyik mengelak je . Hmmm, ada problem kot . Kalau dia dah ready baru nak cerita la tu .

*^*
Di warung Paktam
Aziq : Memang legend la mee goreng dia . Takda sapa boleh lawan .
Seri : Tengok lah warung siapa, Paktam the Legend kot .
Airis : Haha kan, lagipun tempat ni tempat rasmi kita melepak .
Tiba-tiba Liza berlari ke arah mereka .
Liza : Wey, I saw Haris kena pukul dengan someone la! Jom pegi tolong!
Aziq: WTH? Jom pergi tolong . Airis kau kena tolong sekali. Seri stay sini, mee goreng tetap kena habiskan . Kalau kitaorang tak balik dalam masa 30 minit, call polis .
Seri mengangguk.
Aziq dan Airis terus meluru ke arah Haris diikuti Liza. Mereka melihat Haris teruk dibelasah oleh sekumpulan mana ntah . Sabar kau .
Aziq : Asslammualaikum . Tumpang tanya, korang taknak rasa mee goreng Paktam ke? Legend gitu .
Airis hanya memerhatikan keadaan tersebut . Belum sampai masa dia nak masuk campur .
Airis telah meanalisis siapa mereka, rupa-rupanya mereka ni budak sekolah lain . Apa motif diaorg pukul Haris ?
Unknown : Ni kawan korang kan? Korang tau tak dia buat apa?
Liza : Kitaorang taktau dia buat apa tapi kitaorg tau kau buat apa, kau tengah belasah dia . Apa kes?
Unknown : Sebab dia ni la, adik aku lupa diri . Keluar lewat petang lepastu balik malam . Apa kes? Budak dari sekolah lain pun dia nak try ke?
Liza : For your information, Haris bukan macam tu! Entah-entah adik kau keluar dengan jantan mana kau sendiri pun taktau .
Airis : Haris kenapa diam? Kau taknak cakap apa-apa ke?
Haris : Aku tak bersalah la! Masa tu adik kau call aku , ajak aku keluar sebab nak suruh ajar dia apa ntah so aku agree lah . Aku jumpa dia sekali tu je! Tak de sampai lewat malam kau pehal ?!
Unknown : Diam la!
Aziq : See? Baik kau tanya adik kau sendiri, apa yang dia buat belakang keluarga kau ! Tak silap aku nama kau Fadli kan, ketua pasukan bola SMK Y . Bukan kau iri hati ke dengan Haris sebab Haris main bola dengan sangat bagus ?
Fadli : Kau ni buat aku panas ah!
Fadli meluru ke arah Aziq tapi Airis segera menghalang laluannya .
Airis : Lepasi zon aku dulu .
Airis mula menunjukkan skil karate nya yang dipelajari selama ini . Habis lebam muka Fadli dikerjakan.
Airis : Kau cari pasal dengan orang yang salah bro .

Mereka terus membawa Haris ke warung Paktam . Seri kelihatan risau .
Seri: What happen?
Haris : Nothing . Ada budak jeles ngan aku .
Liza : Isu biasa beb, Haris dah biasa . Nasib Airis ada .
Aziq : A'ah weyyyy! Airis awesome kt tadi . Nak menangis dah budak tu hahahahaha .
Seri : Serious? Hahahaha .
Liza : Tapi kan Haris, aku nak kepastian la, apa yang berlaku ? Pagi tadi kau terus balik sekolah tanpa jumpa kitaorg . Baik cerita wey .
Haris : Hmmm, aku tak pasti . Aku rasa Fadli tu dendam dengan aku sebab aku selalu halang bola dia masa perlawanan hari tu . Plus, aku bukan elak daripada korang, aku bergegas sebab dapat surat daripada unknown. Unknown tu cakap dia nak balas dendam . So aku rasa unknown tu Fadli . Jangan risau la!
Aziq : Laaaaa asal tak bagitau kitaorg. Haih .
Airis : Yang lawaknya Fadli tu siap bawa isu adik dia sekali kot! Tu aku tahan gelak . Padahal kita semua kenal adik dia. Adik dia kan pernah lepak dengan kita semua sebab dia junior karate kat kelab aku . Lawak ah hahaha .
Aziq : Haha kan? Entah2 Fadli tu saja reka cerita yang adik dia pulang lewat malam bagai ah . Mengarut !
Seri : Hahahahahaha ini lawak . Dah la, jom makan!

Nantikan part 2 !

Monday, June 30, 2014

I CHOOSE TO LOVE HIM PART 7

10 Tahun berlalu . . . .

"Dah cantik tu cik" -tegur ayahku . Bagi ayahku, hari ini hari paling bermakna buatnya.

Abang sulung ku akan berkahwin!! Tahniah Along Izam ku sayang haha .

"Hmm Along umur 30 tahun baru dapat kahwin, korang bila lagi?" Adumak along tanya soalan cepumas pula.

"Hehe angah nak tunggu Acik dengan Adik kahwin dulu lah."
"Amboi angah, mau jadi bujang telajak kalau nak tunggu adik kahwin" Fisya mencelah, aku setuju dengan pernyataan Fisya. Siap high five lagi!

"Ada orang tu nak jadi bujang telajak, Ayah" , aku menjerit ke arah ayah. Ayah hanya menggeleng kepala. Memang dah masak perangai kami. Kami sekeluarga memang rapat, masalah semua dikongsi bersama.

"Bakal isteri Along tu, anak Pak Muiz kedai runcit kampung kita dulu kan?", soal Fisya yang tak berapa pasti. Dia sibuk dengan kerja khusus universiti sampai tiada masa mahu menolong persiapan Along. Tapi kami tak kisah, wedding planner ada punya yehh.

Along mengangguk.

"Along nak pesan kat Acik, jaga ayah elok-elok. Along tak harapkan sangat Angah sebab kerja dia sangat sibuk. Acik jela harapan Along. Ingat, kita dulu orang susah. Berkat kerja keras ayah, Alhamdullilah Along dapat sambung pengajian and see! Along dah berjaya sekarang. Fisya pun, dapat peluang sambung belajar tu buat betul-betul. Kalau Along dapat tau Fisya main-main, habis la nanti" kami sekeluarga terdiam. Ucapan daripada Along memang membuatkan hatiku tersentuh.

"Eleh Along ni, macam tak boleh harapkan Angah. Sebagai lelaki yang gentle, Angah akan protect this family as long as I can."

"Fisya pun, orang takkan main-main. Fisya pun pernah hidup susah dulu kot."
"Ha Acik lagi lah, siapa yang berani nak kacau keluarga kita, nanti taekwando Acik keluarkan haha . "

Kami berempat ketawa bersama-sama.

"Amboi korang ye, cakap macam Ayah ni dah tak larat nak kerja. Tengok ni ayah lagi kuat daripada Angah kamu tu, tulang je ada" , ayah mencelah sambil memegang lengan Angah yang kurus kering itu. Aku ketawa terbahak-bahak sampai terkeluar air mata.

"Dah-dah jom duduk kat luar. Along ni macam pengantin perempuan la, duduk dalam bilik bagai." Tegurku .

"Sabarla orang nervous ni, lagi 1 jam Along akan menjadi hak milik cinta hatiku, Dira . Hahaha" -Along.

"Takut jalan sesak je ni, jom gerak sekarang", ayah mencelah. Kami semua keluar dari bilik dan membawa barang hantaran. Kami akan berkumpul di masjid beramai-ramai.

"Waduh mana nak letak barang hantarannya?" Soal Fisya .

"Letak kat sini la, senang jurugambar nak ambil gambar sekali" jawabku.

Akue memandang sekeliling, memandang dan terus memandang sampai satu kelibat yang pernah kulihat tapi ingat lupa.

KEJAP, TAKKANLAH ?!

Saturday, June 21, 2014

I CHOOSE TO LOVE HIM PART 6

"Terima kasih sebab datang Nial, Risya"

"Oh no problem, rumah sewa kau besar jugak eh" -Nial

"Haha biasa je" - Darish

Aku? Terdiam tersipu-sipu malu ala2 wanita melayu terakhir . Aku memandang ke sekeliling rumahnya. Hmmm not bad . Boleh buat suami ni. Choi mulut kau Risya, aku buat tempoyak nanti !

Sebenarnya kes ayah menjual tanah milik arwah ibu pun belum habis fikir lagi. Tetapi, along, angah, fisya sudah dapat menerima hakikat itu. Kitaorang pun bukan keluarga yang berada. Kasihan melihat ayah, siang malam mencari duit walaupun ayah agak popular di kampung ini.

"Err hello" tegur Darish

Diam.

"H.E.L.L.O . A.S.S.A.M.M.U.A.L.A.I.K.U.M !" Tegurnya lagi .

Aku cuba mentafsir . TENGGG!

"eh sorry la tak dengar" , lol ayunya kau!

"Saya rasa suara saya dah volume up ni" -darish

"Laa yeke? lain kali guna la mic ye. Baru boleh dengar dengan teliti" gurauku dan dia tergelak .

"Cantik jugak awak harini"

Jap Darish ke tadi yang puji aku? O.M.G .

Angguk je Risya. Okay2 .

Juadah yang disediakan tiadalah semewah mana. Ah bantai jela kata arwah ibu kita harus bersyukur. Aku memandang ke arah angah. Syoknya berbual dengan geng dia tu . Aku? Oh kenapa mengapa keseorangan. Someone teman me!

"Saya suka awak" suara itu bergema di telinga ku. Siapa yang cakap itu?

Aku menoleh kebelakang.

D.A.R.I.S.H

Mimpi? Tak. Aku yakin aku berpijak di bumi yang nyata.

"Saya cintakan awak" dia menyambung lagi ayatnya. DARISH KAU TAU TAK JANTUNG AKU MACAM NAK TERCABUT.

"Woo acik, terimalah cinta dia", Angahku menyampuk. Oi angah cuba kau jadi aku. Apa perasaan kau bila orang confess tiba-tiba?

"Nampaknya awak tak suka saya", Darish semakin undur ke belakang. Fulamak nak cakap apa ni.

"Saya pun suka awak!" Balasku secara tidak sengaja. Aku memukul mulutku, sepanjang kau hidup Risya, tak pernah kau buat kerja gila macam gini.

Tetapi, Darish tersenyum mendengar kata-kataku. Mungkin dia gembira? Hehe apa salahnya membalas cinta orang sekali sekala.

Aku memberanikan diri lagi.

"Saya cintakan awak juga" kataku lagi.

Tiba-tiba . . . . .

Darish melepaskan ketawanya. Ketawa terbahak-bahak pulak tu! Apa hal ni?

Disaat itu barulahaku tersedar yang orang ramai sedang menumpukan perhatian sejak dari tadi lagi. Muka ku membahang. Aku memandang angah, dia menjongket bahunya.

"Risya oh Risya. Tak sangka kau suka aku kan. Minah tomboi suka aku. Interesting." Kata Darish .

Aku memang tak faham apa yang berlaku sekarang.

"Aku saja je test cakap untuk SUKA-SUKA. Tak sangka kau ambil serius. " dia menyambung ketawanya. Aku rasa bukan dia sahaja yang ketawa. Satu rumah tu pun ketawa. Ya Allah, apa kau buat ni Risya.

"Aku benci Darish! Kau tengoklah nanti, kau takkan jumpa cinta sejati kau sampai bila-bila! Aku doakan ini untuk kau! Jadilah bujang sampai ke tua!!!" geram aku . Dia main-main dari tadi?

"Uuu takutnya" dia membalas. Seisi rumah ketawa termasuk angah. Argh angah balik nanti aku kerat kau.

Tanpa berlengah lagi, aku terus berlari keluar. Malas nak layan budak Darish tu lagi. Dia tak tau siapa aku. Baru kini aku kenal perangai sebenar manusia yang bernama DARISH .

Monday, March 17, 2014

I CHOOSE TO LOVE HIM (CAST OR WHATEVER)

wassup guys? haa saya asyik post pasal cerita je ni nak bagi tengok muka diaorang pula, muka main2 imagine jelah.
                                 ni watak utama, Darish. Hmm takpela korea2 sikit hoho xD
  ni Derisyaaaaaaaaaa. omg omg omg hahahah my imagine jela. Risya ni kebudak-budakan sikit.
  Risya ni ada satu habit. dia suka buat mulut macam gambar nuh. kalau blur dia buatla macam tuuu

Saturday, March 8, 2014

I CHOOSE TO LOVE HIM (PART 5)

"Ayah dah balik!!!!!"
Aduh sakit telinga. Ni lain tak bukan adikku yang bongsu, Fisya yang menjerit. Terbantut hasratku nak makan, baru nak senduk nasi tapi aku batalkan aje hasratku .

Aku berjalan ke arah ayahku tetapi aku tengok dia asyik mengeluh . Kenapa ek?

"Ayah kenapa? Monyok je. Tak handsome sudahhh"

"Hurmm. . . ."

"Kenapaaaaa?"

"AYAH DAH DAPAT JUAL TANAH TU!"
OKAY AGAK BERAT UNTUK MENDENGARNYA. Tanah milik arwah ibu ku dijual ? Kejap, am I dreaming?

"Kenapa ayah jual tanah tu? Tak sayang dekat ibu dah ke? " muka ku seakan-akan kecewa . Siapa yang tak sedih?

"Ayah jual tapi tanah itu masih lagi atas nama kita. Jangan risau, ayah hanya sedang menolong hamba Allah ."

Penjelasan ayahku buat kepala otak ku tertanya-tanya. Hamba Allah?

Wednesday, March 5, 2014

I CHOOSE TO LOVE HIM (PART 4)

"Zara, kenapa dia ajak aku eh?", pergg memang sakit kepala kalau fikir kenapa Darish ajak aku ini. Aku mana pernah cakap dengan dia. Eh pernah, masa terlanggar tu.

"Hmmm entah. Tapi kau dikira beruntung tau kalau dia suka kau. Lain la aku ni. Pakai cermin mata dengan bracels. Gemuk pulak tu aku ni. Siapa la nak.". Sudahhh Zara buat drama pulak.

"Alolo jangan nak berdrama kat sini eh. Walaupun kau rabun, gemok, pakai bracels. Kau tetap kawan aku tau. Ala bracels ni untuk tiga tahun je kan? Lek ah". Terangku.

"Hahaha kau selalu buat aku lega kawan. Okay macam ni kau pergi jela party kat rumah dia tu . Ala ada angah kau sekali kan so jangan la risau.".

Betul jugak. Angah aku kan ada!

Di rumah Darish,
Darish kebosanan. Argh kampung ni gila la. Satu bulan duduk boleh buat aku mati katak! Rindunya Kuala Lumpur. Kenapa lah papa kena duduk sini sebulan? Kenapa? Siap nak buat majlis perpisahan lagi dengan kawan-kawan dekat sini kononnya dah rapat dengan aku. Huh jangan haraplah, orang kampung mana ada standart.

Seminggu yang lalu,
"Apa papa? Perjanjian?" . Darish terkejut. Gila. Siapa yang tak terkejut!

"Ye perjanjian dengan pemilik tanah tu." . Mama nya menyampuk.

"Papa terpaksa. Dalam keadaan kita nak muflis ini, kita kena juga." .

Okay ini tak masuk akal.

"Tapi kenapa Darish yang jadi mangsa? Come on lah papa, I just 17 years old." .

"Kita kena berterima kasih dengan pemilik tanah tu sebab benarkan kita guna kawasan dia. What's wrong with you?". Sarah, mama nya bercakap lagi.

"Okay okay. But kenapa sampai buat perjanjian bagai? Pasal berkahwin pula tu." . Darish berteka-teki lagi. Nak tau kenapa?

Papanya, Zarif hampir muflis kerana projek yang dibinanya di Taiping tidak berjaya mendapat sambutan. Projek perumahan. Sekarang papanya cuba bangkit kembali dengan cuba untuk mewujudkan satu kawasan perumahan dia kampung ini. Papanya harus berurusan dengan Samad untuk mendapatkan geran tanah. Kelulusan penting bukan?
     Darish sangat mengenali Samad. Siapa tak kenal orang kuat kampung itu. Bapa kepada Nial, kawannya dan Risya. Paling mengejutkan, papanya siap membuat perjanjian untuk menikahkan Darish dan Risya apabila umurnya Darish mencecah 27 tahun. Apa motif papa sebenarnya ini?

Darish pening memikirkan masalah itu lalu dia memejamkan matanya. Mencari ketenangan. AKU KENA BUAT SESUATU UNTUK BUAT RISYA BENCI KEPADAKU.

P/s : wowowowo nak sampai dahh hahahaha.

#MissMarilyn